Thursday, October 8, 2009

SMS Dan Menang!


1) Peraduan Red Bull “SMS Dan Menang” akan berlangsung dari 24hb September hingga 31hb Oktober 2009

2) Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali pekerja Allexcell Trading Sdn. Bhd., wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan, promosi dan acara) Allexcell Trading Sdn. Bhd. dan ahli keluarga mereka yang terdekat.

3) Peraduan ini hanyalah untuk pelanggan sahaja; pemborong dan peruncit TIDAK layak menyertai peraduan ini.

4) Langkah menyertai peraduan Red Bull “SMS Dan Menang”
I. Langkah 1: SMS ke 32123: RB NAME NO.KP
II. Langkah 2: Terima SMS pengesahan Daripada Red Bull
III. Langkah 3: No. Setor NO. RESIT JAWAPAN

5) Soalan untuk peraduan ini adalah “Gambarkan makna Red Bull dalam hidup anda dengan 3 perkataan”.

6) Resit pembelian harus disimpan sebagai bukti pembelian. Peserta boleh menghantar seberapa SMS yang mereka suka dengan syarat setiap SMS disertai harus ada dengan bukti pembelian.

7) Di dalam peraduan Red Bull “SMS Dan Menang” ada 10 komputer Riba Asus akan diberikan.

8) Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang peraduan berlangsung.

9)Pemenang akan diberitahu melalui pos 2 bulan selepas peraduan berakhir. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan.Semua hadiah yang tidak dituntut akan disita. Sebarang surat-menyurat berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Semua kos sampingan untuk menebus hadiah perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.

10) Pemenang harus menyertaikan resit pembelian apabila menuntutkan hadiah. Apabila pemenang menuntut hadiah, resit pembelian mesti dikemukan sebagai bukti pembelian. Tanpa bukti pembelian, hadiah tidak akan dapat dituntut.


11) Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang dan surat menyurat tidak akan dilayan.

12) Allexcell Trading Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kejadian yang tidak diingini, kecederaan atau kemalangan (termasuk kematian) yang mungkin berlaku semasa penebusan atau penggunaan Hadiah daripada Peraduan ini.

13) Allexcell Trading Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab atas kualiti perkhidmatan/produk yang disediakan oleh mana-mana pembekal yang dilantik.

14) Hadiah, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah tidak boleh dipindahmilik dan TIDAK boleh ditukar dengan tunai.

15) Allexcell Trading Sdn. Bhd. berhak untuk menyiarkan atau mempamerkan nama, gambar, nombor pengenalan dan bandar kediaman Pemenang Peraduan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

16) Allexcel Trading Sdn Bhd berhak untuk menukarkan mana-mana hadiah dengan item sama nilai yang lain bila-bila sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu.

17) Dengan menyertai Peraduan ini, peserta telah bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan.

18) Allexcell Trading Sdn. Bhd. berdasarkan pertimbangan mutlaknya berhak untuk mengubah, membuang atau menambah sebarang Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkenaan perkara ini tidak akan dilayan.